MERDEKA : KITA HEBAT


1.0              Tun Mahathir dalam sajak beliau ‘Perjuangan yang Belum Selesai’ antara lain  berkata :

“......perjuangan mengisi kemerdekaan itu rupanya lebih sukar dan mencabar....
  .......dan esok tidak semestinya menjanjikan syurga......’

2.0              Lebih kurang macam tulah.

3.0              Sebelum kita hendak berjuang demi agama, bangsa dan negara, kita kenalah dulu cinta, kagum dan sayang kepada diri kita sendiri.

4.0              Bila kita pandang diri kita di cermin, kita mesti boleh kata ‘aku hebat’, ‘aku hansom’, ‘aku bijak’, ‘aku bintang’.

5.0              Kalau kita sendiri tak rasa kita hebat, kita bijak, kita hansom atau kita bintang rasa-rasanya orang lain akan rasa kita hebat, pandai, hansom atau bintang ke?

6.0              Kenalah selalu buat SWOT ke atas diri kita, kenali kekuatan ,kelemahan, peluang dan cabaran  kita dan bukan hanya buat TWOS pada orang lain.

7.0              Jangan kita perlekeh diri dan bangsa kita kerana diri kita dan bangsa kita adalah hebat.

8.0              Bukankah dulu dari tak reti bercakap, kita dah petah dah...sampai kadang-kadang  tegang urat leher kita berdebat dan berhujah....sekarang ni dah berblog, bertwitter, berfacebook...

9.0              Dulu mak ayah kena dukung, kena suap makanan, sekarang dah boleh pandu kapalterbang....lumba kereta....motor besar...mampu berdikari...

10.0          Dulu A, B, C, alif, ba, ta pun tak tahu .....sekarang dah berjaya dah jadi blogger, ulamak, peguam, doktor, guru, ahli sukan, ahli politik, imam.....dah mencipta rekod...

11.0          Kita kena tanya diri kita ‘Dimanakah hilangnya jaguh muda tu? Kenapa bintang itu tidak bergemerlapan lagi?’

12.0          Cuma kita mungkin terlupa dan terlalu kagum dengan kehebatan orang lain dan mungkin terlalu terperangkap dengan rasa rendah diri, malu, takut, tak yakin, tak dapat peluang....atau mungkin kita terlalu sibuk mencipta kekurangan orang lain?  

13.0         Ayuh kita isi kemerdekaan ini dengan mengeluarkan bintang yang sudah lama terpendam dalam diri kita.

14.0          Mari kita selesaikan perjuangan menjadikan diri kita hebat.

15.0          Kerana Kita Bangsa Yang Hebat .

16.0          Kerana Kita Sudah MERDEKA.

Comments

Popular posts from this blog

ETHICAL DUTIES & RESPONSIBILITIES OF LAWYERS

REMOTE SENSING

UiTM bids for World Universities Debating Championship (WUDC) 2015