SEMINAR PENGURUSAN ASRAMA PERINGKAT KEBANGSAAN (SPARK) 2011 ANJURAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) DAN MAJLIS PERUMAHAN UNIVERSITI – UNIVERSITI MALAYSIA (MAPUM)

JEMPUTAN PENYERTAAN DAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

SEMINAR PENGURUSAN ASRAMA PERINGKAT KEBANGSAAN (SPARK) 2011 ANJURAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) DAN MAJLIS PERUMAHAN UNIVERSITI – UNIVERSITI MALAYSIA (MAPUM)

TEMA SEMINAR    :    “MEMPERKASA PENGURUSAN PELAJAR LUAR KAMPUS (NR)”
TARIKH                  :      19 DISEMBER 2011  (ISNIN ) HINGGA 21 DISEMBER 2011 (RABU)
TEMPAT                :      HOTEL ROYALE BINTANG, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN


PENGENALAN

Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan (SPARK) 2011 adalah merupakan seminar yang dianjurkan dwi tahunan. Pengurusan Asrama menjadi semakin penting dan mencabar bagi melahirkan graduan yang cemerlang dan terbilang. Justeru itu penganjuran Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan (SPARK) 2011 amat bertepatan bagi menjadi platfom perkongsian maklumat dalam menguruskan asrama di IPTA masing-masing.
           
TAJUK DAN TEMA KERTAS KERJA :

Jawatankuasa Seminar SPARK 2011 menjemput pembentangan kertas kerja dengan tajuk dan tema ;

TEMA  :    “MEMPERKASA PENGURUSAN PELAJAR LUAR KAMPUS (NR)”

Tajuk :

-       Menangani  isu pengurusan penginapan pelajar luar kampus
-       Peranan pentadbir dalam pengurusan dan pembangunan pelajar
-       Peranan asrama kearah melahirkan pelajar cemerlang dan gemilang
-       Isu dan cabaran dan pentadbiran asrama bagi membentuk pelajar berpesonaliti unggul
-       Peranan asrama dalam pembentukan leadership.
-       Peranan pengurusan pelajar dan felo dalam pembentukan sahsiah pelajar


PENYERTAAN

Penyertaan seminar terbuka kepada mereka yang terlibat dengan pengurusan dan pembangunan pelajar di Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Pegawai – pegawai seperti senarai berikut adalah dijemput menyertai seminar ini.

i.      Pengetua dan Felo / Pegawai Pembangunan Pelajar IPTA/IPTS
ii.     Pegawai Pengurusan Asrama IPTA/IPTS
iii.    Pengurusan Asrama Kebajikan
iv.   Pengurusan Asrama Industri
v.    Pengurusan Polyteknik
vi.   Pengurusan Kolej Komuniti
vii.  Pengurusan Asrama Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM
viii. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) /Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)

FORMAT KERTAS KERJA SEMINAR SPARK 2011

Abstrak tidak melebihi 250 patah perkataan mestilah sampai kepada Sekretariat sebelum 28 Oktober 2011 (Jumaat).

Kertas kerja penuh tidak melebihi 10,000 patah perkataan hendaklah sampai kepada pihak sekretariat tidak lewat daripada 25 November 2011 ( Jumaat).

Penggunaan Bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris.

Kertas kerja penuh hendaklah dihantar dalam format microsoft words dan dihantar dalam bentuk Arial dengan menggunakan size 12. 
Penyertaan penuh kertas kerja hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy atau e-mail.

Sila hantarkan  abstrak bersama borang penyertaan seminar kepada pihak sekretariat seminar.

BAYARAN PENYERTAAN SEMINAR SPARK 2011

  1. Yuran peserta :           RM 800.00 (Single)
                       RM 700.00 (Twin Sharing)
                       RM 600.00 (Tanpa Penginapan)

  1. Ahli MAPUM  :           Diskaun -  RM50.00 seorang.

Pakej seminar termasuk penginapan, makanan, bag seminar, kertas kerja seminar dan cenderahati.

Semua pembayaran hendaklah dibuat atas nama Bendahari UiTM dan boleh dibuat melalui LO, Bank deraf, money order, cek atau tunai dan diserahkan kepada pihak Sekretariat selewat-lewatnya atau pada 19 Disember 2011. Jika tiada apa-apa dokumen bayaran, sila bawa surat pengesahan jabatan masing-masing semasa pendaftaran.

 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Disember 2011.


SEKRETARIAT

i.              Hj Hasnor Hj Mohd Jan               -  Tel : 03-55443520
      Ketua Unit Kemudahan Kolej HEP   -  email: hasno567@salam.uitm.edu.my

ii.             Puan Azizah Yaacob                               -   Tel : 03-55443904
      Pengurus Asrama Kanan                  -  email : aziza271@salam.uitm.edu.my
      Kolej Mawar

iii.            Cik Faridah Shafian Sauri                       -  Tel : 03-55443513
      Penolong Pengurus Asrama             -  email : faridah_shafian@salam.uitm.edu.my
            Unit Kemudahan Kolej HEP

  Tel. Sekretariat  :   03-55443513 / 3515 / 3587
   Fax : 03-55443221

Comments

Popular posts from this blog

ETHICAL DUTIES & RESPONSIBILITIES OF LAWYERS

REMOTE SENSING

UiTM bids for World Universities Debating Championship (WUDC) 2015